
Baru-baru ini, satu jenis varian baru dikesan dan dilaporkan varian jenis ini lebih bahaya dari varian Delta yang menular sekarang.
Varian yang dinamakan Omicron ini mula dilaporkan muncul di Afrika Selatan pada 24 November lalu dan sudah menular ke negara lain.
Varian Omicron dilaporkan sudah menular di Israel yang membabitkan seorang individu yang tiba dari Malawi, Botswana, Hong Kong dan Belgium.
Pakar penyakit berjangkit Amerika Syarikat (AS), Anthony Fauci mendakwa bahawa pihaknya tidak terkejut sekiranya varian tersebut akan menular di AS walaupun belum disahkan varain tersebut tersebar di sana.
Tambah beliau, varian mempunyai kadar jangkitan yang tinggi dan ia akan lebih mudah untuk berjangkit dan merebak ke semua tempat.
Pusat Pencegahan dan Kawalan Penyakit Eropah (ECDC) telah memberi amaran bahawa varian Omicron mempunyai risiko yang sangat tinggi kepada Eropah.
Banyak negara yang sudah menutup pintu sempadan mereka kepada pelancong yangtiba dari Afrika Selatan dan tujuh negara Afrika lain.
Malaysia telah mengambil langkah berjaga-jaga dengan tidak membenarkan pelancong mengunjungi negara-negara yang telah disahkan terlibat dengan varian Omicron.
Pintu sempadan negara perlu diletakkan ke tahap lebih waspada untuk mengelakkan varian tersebut tersebar di Malaysia.
Ikuti perkembangan terkini dan info-info menarik dengan melayari portal mysmedia.my