
BN bermaksud barang naik dan bukannya Bukan Barisan Nasional.
Terbaharu, Angkatan Bersatu Anak Muda (Armada) Bersatu Johor telah mencetuskan persoalan mengenai kenaikan barangan yang dipengaruhi oleh kemenangan Barisan Nasional (BN) dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka baru-baru ini di samping perkataan ‘BN’ yang membawa maksud ‘Barang Naik’.
Menurut Ketua Armada Johor, Muhammad Shamsuddin Paijan, pihaknya itu sangat kesal dengan peningkatan mendadak harga barangan makanan yang sangat melampau tanpa memikirkan nasib rakyat.
“Peningkatan harga barangan makanan dan produk lain dilihat seperti tiada penguatkuasaan dan pemantauan pihak kerajaan dalam menangani isu ini.“

“Adakah peningkatan ini dipengaruhi daripada kemenangan BN di PRN Melaka? Apakah BN membawa maksud ‘Barang Naik’? Dirinya itu berharap agar pihak kerajaan di bawah pimpinan Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob mengambil tindakan segera mengambil tindakan menyelesaikan isu ini,”.
Dinasihatkan juga supaya kerajaan menubuhkan pasukan petugas dengan kadar segera bagi mengetahui punca kenaikan melampau ini sehingga mencecah 200 peratus.
Pihak kerajaan juga sudah semestinya perlu meneliti semula struktur dan kelemahan agensi-agensi pertanian di negara ini dengan meluaskan peranan sebagai penyimpan stok dan pengedaran bagi menstabilkan bekalan dan harga.
Tambahan pula,isu kekurangan bekalan benih dan lambakan hasil pertanian yang merugikan petani atau peladang juga sepatutnya diberikan pantauan kerana masalah kenaikan harga input pertanian juga tidak pernah reda dan ia tetap akan berlarutan sehingga menjadi alasan kepada peningkatan kos operasi pertanian dan harga makanan di pasaran.
Ikuti perkembangan terkini dengan berita-berita sensasi di dalam dan juga luar negara hanya di https://mysmedia.my/