
Penyerang dan Pemain Bola Sepak Argentina, Lionel Messi memenangi Anugerah Ballon d’Or buat kali ketujuh mengatasi calon lain seperti Robert Lewandowski dan Jorginho.
Messi dapat menambah lagi koleksi trofi yang pernah dimenanginya pada 2009, 2010, 2011, 2012, 2015 dan 2019 selepas menjadi juara Copa America buat kali pertama bersama negaranya Julai lalu.
“Sangat menakjubkan saya dapat berada di sini lagi. Dua tahun lalu saya fikir ia merupakan terakhir, namun saya rasa memenangi Copa America bersama Argentina adalah kunci saya dapat anugerah ini“.
Messi juga berkata ia adalah tahun istimewa untuknya dengan gelaran Copa America. Ia sangat bermakna untuk menang di stadium Maracana dan Messi sangat gembira untuk meraikannya bersama rakyat Argentina.
“Saya tidak tahu sama ada ia adalah tahun terbaik dalam hidup saya, saya mempunyai kerjaya yang panjang, tetapi ia adalah tahun istimewa dengan gelaran bersama Argentina selepas menempuhi tempoh yang sukar dan pelbagai kritikan,” katanya.
Messi, yang menyertai Paris Saint Germain (PSG) secara percuma dari Barcelona pada musim ini berjaya mengumpul 613 mata mengalahkan pemain lain.
Kegembiraan yang tidak terhingga buatnya dan keluarganya. Messi berkata ia merupakan tahun yang sangat terbaik buatnya.
Ikuti perkembangan terkini dan juga berita-berita sensasi di dalam dan juga luar negara hanya di https://mysmedia.my/