
NIAH: Gabungan Parti Sarawak (GPS) menjangka mencalonkan semula Datuk Rosey Yunus bagi kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Bekenu pada Pilihan Raya Negeri Ke-12 (PRN12) Sarawak.
Ia pun menjadikan Rosey salah satu calon wanita GPS yang akan bertanding di PRN12 setelah penyandang DUN Samariang, Datuk Sharifah Hasidah Sayeed Aman Ghazali.
Bayangan itu disampaikan ucapan di Majlis Perasmian Waterfront Niah Fasa II, Pengerusi GPS, Tan Sri Abang Johari Tun Openg berkata Rosey dilihat mampu membawa kemajuan di luar bandar selain mudah untuk didekati rakyat.

“Rosey nanti akan bekerja keras. Saya harap insyaallah kalau kitak (masyarakat Bekenu) bersetuju. Kitak mahu Rosey terus berkhidmat, saya akan umumkan,” katanya.
Terdahulu dalam ucapannya, Rosey berharap kerajaan menaik taraf Jalan Niah kepada daerah yang lengkap bagi menggalakkan pembangunan kawasan sekitar termasuk Subis dan Bekenu.
Untuk mencapai kemajuan itu, Sarawak harus dipimpin oleh sebuah kerajaan yang stabil, ujar Rosey.
“Kita harus mempunyai kerajaan yang stabil, mempunyai sumber kewangan yang pelbagai dan kukuh. Jadi mari kita jadikan kemenangan GPS di Bekenu sebagai hadiah kepada Ketua Menteri Tan Sri Abang Johari,” katanya.
ADUN Dalat Datuk Seri Fatimah Abdullah, Datuk Sharifah Hasidah Sayeed Aman Ghazali (Samariang), Datuk Rosey Yunus (Bekenu) dan Semoi Peri (Lingga) merupakan empat calon wanita GPS menyertai DUN Sarawak.
Manakala, Puan Sri Jamilah Anu memenangi ADUN Tanjung Datu dalam Pilihan Raya Kecil 2017.
Pada PRN11, Datuk Rosey Yunus menang dengan majoriti 4,789 mengalahkan tiga calon lain iaitu Bill Kayong (PKR), Austin Sigi Melu (Bebas) dan Jou @ Peter Jelin (Bebas).
Ikuti perkembangan terkini dan info-info menarik dengan melayari portal https://mysmedia.my/