
Seramai 22,689,471 atau sebanyak 96.9 peratus individu bagi golongan dewasa di negara ini telah menerima suntikan vaksin lengkap iaitu 2 dos Covid-19 setakat malam tadi.
Laporan data Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) di portal CovidNow, seramai 23,028,508 bersamaan 98.3 peratus invididu golongan dewasa yang menerima sekurang-kurangnya satu dos vaksin.
Bagi golongan remaja yang berumur 12-17 tahun, seramai 2,822,370 orang atau 89.7 peratus telah menerima sekurang-kurangnya satu dos vaksin.
Seramai 2,709,263 atau 86.1 peratus remaja yang telah menerima dua dos vaksin pula.
Pada semalam, sebanyak 135,914 dos suntikan vaskin yang diberikan semalam.
Daripada jumlah itu, 8,313 suntikan untuk dos lengkap, 4,703 untuk dos pertama dan 122,898 pula untuk suntikan dos penggalak.
Keseluruhan jumlah itu menjadikan jumlah kumulatif pemberian vaksin bagi program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan (PICK) menjadi 53,517,981 dos yang diberikan.
Jumlah itu dilihat semakin meningkat dari sebelum ini.
Jumlah kumulatif bagi dos penggalak kini diberikan sebanyak 2,457,510 dos.
Ikuti perkembangan terkini dan info-info menarik dengan melayari portal mysmedia.my