
Hentikan percakaran perbezaan ideologi di media sosial demi kemajuan perfileman industri tanah air
itulah permintaan Tan Sri Annuar Musa yang merupakan Menteri Komunikasi dan Multimedia yang telah mengharapkan agar sebarang perbezaan pendapat dapat diselesaikan secara bijak tanpa perbalahan yang teruk.
Menurut menteri itu, perbincangfan ini telah mendapat pencapaian sepat seiring dengan misi kerajaan dalam mempromosikan konsep Keluarga Malaysia.
“Saya harap semua persatuan seni janganlah bercakaran, saya ni macam atok mahu menasihatkan, kita ceriakan kerjaya kita, tak perlu timbulkan polemik yang tidak baik” – Annuar Musa.

Annuar Musa yang berkata sedemikian setelah ditemui pada sidang media Festival Filem Malaysia ke-31 (FFM31) di Royal Chulan The Curve, Damansara.
FFM31 tidak lama lagi akan berlangsung di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur pada 10 Disember depan dan mempertaruhkan 55 buah filem serta Filem terbaik akan membawa pulang trofi dan Geran Dana Kandungan Digital bernilai RM500,000.
Ikuti perkembangan terkini dengan berita-berita sensasi hanya di https://mysmedia.my/