
Kit ujian pantas antigen Covid-19 (ujian kendiri) merupakan antara barang kawalan yang telah diwartakan oleh Kerajaan.
Kawalan harga itu akan berkuat kuasa pada Rabu untuk memastikan bekalan kit ujian itu sentiasa cukup di pasaran.
Pengarah Bahagian Penguat Kuasa Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP), Azman Adam berkata kerajaan telah mengambil langkah yang proaktif untuk menjamin bekalan kit ujian mencukupi.
Kit ujian itu diwatarkan di bawah Perintah Kawalan Bekalan (Barang-Barang Kawalan) (No.6) 2021 pada 24 November lalu dan telah berkuat kuasa pada 1 Disember.
Tambah beliau, kit ujian masih mencukupi di pasaran dan pihak mereka tidak dapat sebaranga duan lagi setakat hari ini berkenaan kekurangan kit ujian.
KPDNHEP akan memberikan amaran kepada peniaga supaya peniaga terus mematuhi peruntukan undang-undang yang telah dikeluarkan, jelas Azman Adam.
Jika ada peniaga yang melanggar peruntukan undang-undang yang telah ditetapkan, peniaga boleh dikenakan tindakan di bawah Seksyen 22(1) Akta Kawalan Bekalan 1961.
Tindakan di bawah Seksyen tersebut akan membawa hukuman denda sehingga RM1 juta atau penajara tidak melebihi dua tahun atau kedua-duanya sekali bagi individu dan syarikat akan dikenakan denda RM 2 juta.
Ikuti perkembangan terkini dan info-info menarik dengan melayari portal mysmedia.my