
Baru-baru ini seramai 69 ahli parlimen yang dipilih oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob untuk membarisi jemaah menterinya berdepan situasi kritikal sekiranya KPI yang ditetapkan tidak mencapai sasaran.
Bermula esok genaplah 100 hari petunjuk prestasi utama (KPI) kementerian di bawah pentadbiran Perdana Menteri. Berdasarkan penelitian, dua kementerian dibawahnya itu sepatutnya diberikan pujian yang terbaik lebih-lebih lagi Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) dan juga Kementerian Kewangan.
Jika KPI mereka itu tidak mencapai sasaran yang dikehendaki adakah mereka akan digugurkan jawatan atau pun dipotong gaji?

Yang pertama iaitu Menteri Kesihatan, Khairi Jamaluddin Abu Bakar telah berjaya meredakan kegusaran petugas barisan hadapan ini dengan melengkungkan graf jangkitan Covid-19 ketika merekodkan lebih 20,000 jangkitan. Pihaknya juga bertegas untuk memastikan Pilihan Raya Negeri Melaka tidak mewujudkan sebarang kluster.
Senator Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz,Menteri Kewangan pula telah memastikan kesediaan beliau mengadakan proses libat urus dengan semua pemegang taruh yang penting sebelum penyediaan inti pati Belanjawan 2022 dilaksanakan.
Manakala Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) berdepan dengan kritikan mengenai isu-isu pendidikan. Cabaran besar terhadap semua menteri ini diberikan untuk memastikan kerusi empuk yang mereka duduk di pejabat itu benar-benar dapat membantu rakyat. Jika duduk goyang kaki tanpa idea-idea baharu maka rakyat yang perlu menghukum mereka.
Ikuti perkembangan terkini serta berita-berita sensasi di dalam dan luar negara hanya di https://mysmedia.my/