
Gabungan Parti Sarawak (GPS) menurunkan 82 calon dengan gandingan pelbagai jenis latar belakang untuk mengekalkan kerajaan yang disandangnya sejak 1963.
Kerajaan (GPS) masih belum mencecah usia sepenggal kerana ia wujud di pertengahan penggal dahulu selepas kerajaan (BN) tumbang di peringkat Persekutuan pada tahun 2018.
Pengerusi (GPS) Tan Sri Abang Johari Tun Openg tidak berasa terkilan kerana setiap pemilihan calon beliau mempunyai justifikasi yang tersendiri.
Selain itu, Abang Jo juga mendengar dan membaca semua pandangan sebelum beliau membuat keputusan. Beliau juga menyerahkan segala penyelesaian kepada jeneral perangnya untuk memaklumkan kepada mereka yang terpaksa berundur walaupun ada yang terpaksa menerimanya.

Proses penamaan calon yang sedang berlaku semalam tiada menunjukkan ahli mereka yang berpaling tadah dan menentang parti itu.
Gaya Abang Jo untuk memilih dan menghakimi calon sangatlah berbeza dengan pemimpin yang memimpin Negeri Sarawak selama ini.
Abang Jo yang mempunyai gaya yang tersendiri untuk merasai kekuatan setiap individu yang bakal beliau tampilkan dan ada yang bakal sengaja diturunkan untuk pertaruhan masa depan.
Pemilihan calon bukanlah perkra yang mudah yang boleh dipilih dalam masa beberapa jam tetapi beliau percaya kepada gerak hati dan pengalaman yang mencecah selama 40 tahun lebih dalam politik.
Beliau percaya setiap pemimpin mampu berubah menjadi lebih cemerlang kerana baginya rumah yang hebat tidak ditukang sekelip mata.

Abang Jo juga mungkin akan bersara pada tahun 2028 tidak lama lagi dan masih banyak perkara yang beliau ingin lakukan untuk mengubah Negeri Sarawak seperti yang diimpikannya.
Beliau juga banyak menggerakkan pelbagai inisiatif pembangunan dan terutamanya berkaitan dengan elemen penting dalam kehidupan harian iaitu elektrik, air, jalan raya, perumahan dan internet.
Beliau mencurahkan segala usahanya untuk membangunkan Negeri Sarawak itu walaupun ambil masa yang lama untuk melihat keberhasilan dan keuntungan yang bakal diperolehi.
Ikuti perkembangan terkini dan info-info menarik dengan melayari portal https://mysmedia.my/