
Datuk Seri Alexander Nanta Linggi berpesan kepada setiap calon Gabungan Parti Sarawak (GPS) supaya tidak terlalu yakin dan memandang rendah para pencabar mereka pada Pilihan Raya Negeri Ke-12 (PRN12) Sarawak kali ini.
Beliau berkata apa yang penting, setiap calon perlu bijak menggunakan masa berkempen mereka untuk berusaha mendekati rakyat dan menjelaskan isu-isu yang dimainkan pembangkang.
“Saya sendiri sudah lima kali menghadapi pilihan raya di peringkat Parlimen dan saya tidak pernah terlalu yakin sebab itu saya nasihat pada calon GPS DUN Katibas, Lidam Assan supaya tidak terlalu yakin“.Katanya.

Selain itu, beliau juga berkata dengan masa berkempen yang diberikan, setiap calon mestilah mencari cara untuk menjelaskan kepada rakyat tentang isu-isu yang telah dikemukan oleh pihak pembangkang supaya rakyat tidak salah faham.
Calon juga mestilah menjelaskan setiap perancangan dan dasar pembangunan yang dirancang kerajaan supaya rakyat lebih jelas dengan usaha yang kita akan jalankan.
Nanta yang juga Ahli Parlimen Kapit berkata saingan enam penjuru yang akan didepani Lidam bukanlah sesuatu yang luar biasa dan kemunculan parti baharu tidak memenuhi aspirasi rakyat negeri Sarawak.
“Jadi enam penjuru ini bukan luar biasalah kali ini ia dianggap macam normal. Ini kerana dalam plihan raya ini mereka merasakan tidak perlu perarakan, buat ceramah kerana tidak dibenarkan jadi ini mungkin sesuai bagi mereka yang mungkin tidak berpolitik tetapi terus minat mengambil bahagian,” katanya lagi.
Ikuti berita terkini dengan cerita-cerita yang menarik dan sensasi hanya di https://mysmedia.my/