
Syed Saddiq Syed ABdul Rahman teleh memberikan beberapa cadangan kepada kerajaan untuk mengurangkan kadar keciciran pelajar di sekolah.
Ahli Parlimen Muar itu mencadangkan supaya kerajaan menyediakan modul yang mudah untuk diakses kepada murid tanpa menggunakan internet dan ekosistem cemerlang bagi memudahkan pelajar belajar.
Syed Saddiq juga mencadangankan supaya kerajaan memberikan pelajar tablet, komputer riba dan baiki pencawang internet di kawasan pelajar tinggal. Selain itu, guru yang berkhidmat juga perlu diperkasakan.
Tambah beliau, ramai guru yang sanggup bekerja lebih masa dan menggunakan wang poket sendiri dan merantau jauh ke rumah pelajar bagi memastikan tiada yang tercicir.
Syed Saddiq berharap agar kerajaan bantu guru yang berkhidmat seperti sediakan sokongan kewangan kepada sekolah-sekolah daif, berikan kemudahan kepada guru untuk bergerak dan tambah baik kemudahan guru di sekolah.
Tambah Syed Sddiq, isu keciciran pelajar tidak hanya berlaku di kawasan luar bandar sahaja, namum kawasan bandar juga mengalami isu yang sama.
Bekas Menteri Belia dan Sukan itu juga berkata, ramai keluarga msikin yang tidak mampu menyediakan kelengkapan dan kemudahan untuk anak-anak mereka untuk belajar dan sepatutnya kerajaan harus membantu mereka.
Syed Saddiq juga memberi teguran kepada kerajaan supaya tidak terlalu memberikan fokus untuk melahrikan ramai pelajar yang mendapat A dalam peperiksaan.
Ikuti perkembangan terkini dan info-info menarik dengan melayari portal mysmedia.my