
Sabah merekodkan 322 kes positif Covid-19 semalam dan dari jumlah itu, 27 kes dikesan menerusi satu kluster baharu yang dilaporkan di Tuaran.
Menurut jurucakap Covid-19 Sabah, Datuk Masidi Manjun, kluster baharu itu dikesan ialah Kluster Jalan Tuaran Bakut yang melibatkan asrama pelajar siswi Institut Pendidikan Guru (IPG) Kampus Kent Baru, Tuaran.
Tambah beliau, kes indeks merupakn seorang pelajar siswi warga tempatan yang berumur 20 tahun telah dikesan positif wabak berkenaan melalui ujian PCR pada 27 November lalu.
Saringan kontak rapat dan saringan bergejala telah dilakukan kepada 134 orang dan 26 orang telah dikesan positif Covid-19 dan menjadikan jumlah kumulatif menjadi 27 kes.
Semua pesakit telah diasingkan dan diberikan rawatan susulan, jelas Masidi dalam satu kenyataan.
Tambah Masidi, Tuaran merupakan daerah yang mencatatkan kes tertinggi di Sabah semalam dengan 55 kes dan diikuto Kota Kinabalu 53 kes, Ranau 34 kes dan Kota Belud 25 kes.
Ikuti perkembangan terkini dan info-info menarik dengan melayari portal mysmedia.my