
Pemakaian uniform kru penerbangan lebih-lebih lagi pramugari adalah di bawah bidang kuasa Kementerian Sumber Manusia.
Datuk Seri Rina Harun yang merupakan Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat mengatakan pihaknya akan meneliti semula perkara itu selepas dibangkitkan oleh Abdul Latiff Abdul Rahman [Kuala Krai-Pas].
“Isu itu tertakhluk di bawah bidang kuasa Kementerian Sumber Manusia selain ia juga berdasarkan Hal Ehwal Kebajikan Pekerja yang dinyatakan dibawah Akta Kerja 1955.”

Sebelum ini, Abdul Latiff pernah mengutarakan pandangannya mengenai hak pramugari muslimah untuk berpakaian menutup aurat ketika bertugas di dalam kapal terbang.
Beliau bercadang memperjuangkan hak pramugari memakai pakaian yang sesuai dengan imej muslimah khususnya menutup aurat kepada pihak kerajaan.
Menurutnya itu, ada di antara pramugari yang menutup aurat ketika tidak bertugas tetapi tidak dapat berbuat demikian demi mencari rezeki. Ini merupakan tindakan yang tidak baik untuk mereka.
Ikuti perkembangan berita-berita terkini di dalam dan juga luar negara hanya di https://mysmedia.my/