
Datuk Seri Abang Aditajaya Abang Alwi berkata terdapat beberapa ahli Gabungan Parti Sarawak (GPS) akan menyertai Parti Barisan Rakyat yang ditubuhkannya.
Abang Aditajaya yang merupakan calon Bebas kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Kuala Rajang, tidak dapat mendedahkan senarai nama ahli GPS itu sehingga parti tersebut didaftarkan dengan Jabatan Pendaftaran Pertubuhan (RoS).
Beberapa pemimpin daripada Parti Keadilan Rakyat (PKR) dan Parti Sarawak Bersatu (PSB) turut berhasrat untuk menyertai parti mereka.
Barisan Rakyat adalah parti pelbagai kaum dan diketuai oleh saya sendiri sebagai presiden dan pengasas dan beliau telah mempunyai satu barisan pemimpin yang sudi bergabung bersamanya.
Abang Aditajaya juga memaklumkan, Parti Barisan Rakyat akan menjadi parti tempatan dan tidak akan melebarkan sayap ke Semenanjung Malaysia.
Keputusannya untuk keluar parti dilakukan setelah beliau dipaksa menandatangi empat dokumen, yang salah satu daripadanya berkaitan dengan perjanjian dengan ‘ah long’ atau peminjam wang berlesen.
Ikuti perkembangan terkini dann info-info menarik dengan melayari portal mysmedia.my