
Sebuah pusat pemindahan sementara (PPS) dibuka di Kedah pada malam tadi.
Pembukaan PPS itu membabitkan daerah Bandar Baharu bagi menempatkan 21 mangsa banjir daripada sembilan keluarga.
Pegawai Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Daerah Bandar Baharu Lt (PA), Abdul Rahman Khairuddin berkata, PPS itu merupakan Sekolah Kebangsaan (SK) Sungai Kechil Ulu yang dibuka pada 8 malam tadi.
Hujan lebat yang luar biasa melebihi sejam pada petang semalam menyebabkan air melimpah serta saliran parit yang tersebumbat menyebabkan air masuk ke dalam rumah penduduk sekitar.
Tambah beliau, sebanyak 21 rumah penduduk terbabit yang membabitkan Kampung Parit Nibong, Kampung Asam Kumbang, Taman Cahaya Nilam dan kawasan sekitar Sungai Tepus.
Menurut Abdul Rahim lagi, walaupun paras air surut secara perlahan, air dan lumpur masih bertakung di rumah penduduk yang terlibat dan dipandahkan ke PPS.
Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) telah melakukan pemantauan di kawasan yang dinaiki air dan membantu untuk mengepam air keluar dari rumah penduduk.
Ikuti perkembangan terkini dan info-info menarik dengan melayari portal mysmedia.my