
Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) Sarawak tidak mempunyai pilihan lain selain melucutkan keanggotaan tiga ahlinya yang bertanding sebagai calon bebas pada Pilihan Raya Negeri Ke-12 (PRN12) Sarawak.
Pengerusi Bersatu Sarawak, Senator Jaziri Alkaff berkata keputusan itu dibuat selepas mengambil kira perkara yang termaktub di dalam perlembagaan parti.

Beliau berkata pihak mereka telah memberi amaran sebelum dan semasa hari penamaan calon, tetapi mereka tetap enggan dan akur dengan arahan pemimpin.
“Mengikut perlembagaan Bersatu sekiranya terdapat mereka yang menjadi calon tanpa kebenaran daripada peringkat pusat maka mereka akan digugurkan”. Katanya
Selain itu, pihak mereka telah memberi amaran dan memujuk mereka untuk menarik diri tetapi mereka enggan untuk berbuat demikian.
Tiga ahli yang digugurkan secara automatik itu ialah Siki Balarik yang bertanding di Belaga, Ismawi Muhammad (Muara Tuang) dan Ricky Enteri (Bawang Assan).
Ketiga-tiga mereka bukan lagi ahli Bersatu dan akan bertanding menggunakan tiket Bebas. Sebelum ini mereka turut dikejutkan dengan kehadiran Datuk Ali Biju yang hadir sebagai calon Bebas di kerusi DUN N.39 Krian.
Ikuti perkembangan terkini dann info-info menarik dengan melayari portal mysmedia.my