
Kehadiran Tan Sri Abang Johari Tun Openg sebagai calon di Dewan Undangan Negeri (DUN) Gedong disifatkan sebagai permata pembangunan awal kepada penduduk setempat.
Selain itu, pembangunan infrastruktur yang dilakukan oleh pemimpin nombor satu Sarawak itu diharap membawa limpahan kemajuan di DUN Gedong yang boleh memajukan tempat mereka lagi.
Penduduk Gedong menzahirkan keyakinan bahawa Ketua Menteri Sarawak itu mampu meneruskan pembangunan yang dilaksanakan oleh bekas Ahli Dewan Undangan (ADUN) Gedong, Datuk Mohd Naroden Majais.
![PRN Sarawak: Mahu Gedong lebih membangun [METROTV]](https://assets.hmetro.com.my/images/articles/Abang_Johari_Abang_Openg_1638867778.jpg)
Abang Johari sememangnya terkenal dengan idea dan usahanya dalam membangunkan Bumi Kenyalang dan mereka sangat bersyukur kerana daerah mereka semakin berkembang.
Penduduk Gedong berkata, kemudahan yang disediakan akan menjadikan penduduk lebih mudah untuk menggunakan kemudahan yang disediakan terutama kepada generasi baharu.

Penduduk Gopeng juga berkata apabila dearah kecil mereka membangun, pejabat-pejabat khas mudah untuk mereka pergi kerana dekat.
“Macam kami sebagai penduduk di sini, kita memang mengalu-alukan dan mengharap sangat dengan pemimpin yang berdedikasi, berintergiriti, dan memberikan komitmen kepada rakyat”. Kata mereka.
Mereka mengharapkan banyak kemudahan dari segi pendidikan, pertanian dan sebagainya untuk memberi peluang kepada penduduk di sini memperolehi kemudahan yang sepatutnya perlu ada seperti daerah lain.
Ikuti perkembangan terkini dann info-info menarik dengan melayari portal mysmedia.my