
Proses pengundian awal untuk Pilihan Raya Negeri (PRN) Sarawak kali ke-12 telah berlangsung hari ini iiatu 14 Disember.
Undian awal PRN Sarawak kali ini membabitkan 23,043 pengundi di 85 pusat pengundian awal dari jam 7.30 pagi sehingga 5 petang.
Jumlah tersebut membabitkan 12,585 anggota dan pegawai Angkatan Tentera Malaysia (ATM) dan pasangan manakala 10,458 pengundia awal anggota polis dan Pasukan Gerakan Am (PGA) serta pasangan
Pengundian awal tersebut melibatkan 69 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Sarawak.
Info, tarikh pengundian akan berlangsung pada Sabtu ini iaitu 18 Disember.
Dalam pada yang sama, menjelang tarikh pengundian, Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim dilaporkan melakukan kempen pecutan akhir dengan hadir ke kawasan-kawasan DUN yang melibatkan Parti Keadilan Rakyat (PKR) bertanding.
Ikuti perkembangan terkini dan info-info menarik dengan melayari portal mysmedia.m