
Semalam, pusat perlancongan iaitu Tasik Cermin yang sering menjadi tumpuan pelancong disebabkan keindahan alam semula jadinya itu telah ditutup.
Perkara ini terjadi disebabkan viralnya satu video yang menunjukkan seorang lelaki terjun ke dalam tasik berkenaan. Perkara ini membuatkan ramai orang bimbang adakah orang itu terjun ke dalam hanya suka-suka atau mengalami tekanan perasaan.
Datuk Rumaizi Baharin yang merupakan Datuk Bandar Ipoh memberikan keterangan bahawa kawasan tersebut akan ditutup sehingga siasatan kes itu selesai dijalankan dan pembukaan semula untuk kunjungan pelancong akan diumumkan kepada orang ramai.

Identiti individu tersebut masih dalam siasatan serta tindakan dikenakan mengikut undang-undang yang ditetapkan oleh pihak berkuasa tempatan yang bersesuaian. Kawasan Tasik Cermin ini di bawah pengurusan Geopark Kinta dan pengunjung tidak dibenarkan mandi-manda di kawasan tasik berkenaan untuk menjaga keindahannya serta menjaga keselamatan mereka.
Video berdurasi 15 saat menunjukkan seorang lelaki berpakaian serba hitam terjun ke dalam tasik tersebut telah tular di aplikasi TikTok dan ramai merasakan tindakan tersebut tidak masuk akal kerana perbuatannya itu boleh menyebabkan kawasan rekreasi itu ditutup kepada pengunjung.
Ikuti perkembangan terkini dengan berita-berita menarik di dalam dan juga luar negara hanya di https://mysmedia.my/