
Dakwaan Pfizer berkaitan pil antiviral Covid-19 keluaran syarikat itu menunjukkan 90 peratus keberkesanan untuk mencegah kematian dan kemasukkan ke hospital dalam kalangan pesakit yang mempunyai risiko tinggi.
Syarikat Pfizer juga mendakwa bahawa agar oil berkenaan mampu untuk mencegah varian Omicron melalui data ujian terkini.
Ketua Pegawai Saintifik Pfizer, Mikael Dolsten berkata bahawa berdasarkan ujian yang dijalankan terhadap 1,200 pesakit Covid-19, tiada kes kematian yang dilaporkan.
Pil oral keluaran Pfizer itu diambil dua kali sehari selama 5 hari apabila timbulnya simptom Covid-19.
Pada masa yang sama, pil itu akan dinamakan sebagai Paxlovid jika pil tersebut mendapat kelulusan untuk dijual di pasaran.
Data awal yang dikeluarkan syarikat Pfizer daripada kajian kedua menunjukkan pengambil pil itu mengurangkan kemasukan ke hospital sebanyak 70 peratus bagi orang dewasa.
Tambah Dolsten, jangkaan beliau akan bahawa pil itu akan mendapat kelulusan dari Pentadbiran Makanan dan Ubat-Ubatan Amerika Syarikat (FDA) dalam masa terdekat.
Ikuti perkembagan terkini dan info-info menarik dengan melayari portal mysmedia.my