
Presiden Parti Bumi Kenyalang (PBK) Voon Lee Shan membidas kenyataan Presiden Parti Sarawak Bersatu (PSB) Datuk Seri Wong Soon Koh yang mengatakan parti itu berdepan dengan kekangan dalam mendapatkan kemerdekaan Sarawak.
Beliau berkata, Soon Koh harus peka dan memahami undang-undang dengan teliti berkaitan hasutan dan konteks derhaka kepada Yang di-Pertuan Agong.
Beliau berkata, keputusan untuk mendapatkan kemerdekaan untuk Sarawak tidak melanggar mana-mana perlembagaan atau undang-undang di Malaysia sehingga boleh mendatangkan darurat di Sarawak.

Perlembagaan Persekutuan merupakan merupakan undang-undang tertinggi di Malaysia, dan tiada undang-undang di dalamnya menghalang Sarawak untuk mendapatkan kemerdekaan daripada Persekutuan Malaysia.
Perlembagaan negara Malaysia tidak seperti perlembagaan negara lain yang perlu mewujudkan referendum kerana tiada peruntukan dalam perlembagaan.
Lee Shan berkata usaha untuk mendapatkan kemerdekaan secara sah dan aman mengikut lunas perundangan yang tidak melanggar Seksyen 121 Kanun Keseksaan.
Beliau juga berkata sebarang tindakan yang melanggar undang-undang tersebut akan dikenakan hukuman mati atau penjara seumur hidup.
“Seksyen 121 Kanun Keseksaan memperuntukkan sesiapa yang mengisytiharkan perang, melawan Yang di-Pertuan Agong atau terhadap mana-mana raja atau Yang di-Pertua Negeri atau bersubahat melancarkan perang hendaklah dihukum”.Katanya.
Proses mendapatkan kemerdekaan Sarawak akan melalui rundingan seperti yang telah dilakukan oleh Singapura pada tahun 1965.
Ikuti perkembangan terkini dann info-info menarik dengan melayari portal mysmedia.my