
Kerajaan berpendirian bahawa tiada keperluan untuk meminda had umur minimum perkahwinan bagi perempuan beragama Islam yang kini adalah 16 tahun.
Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) iaitu Senator Ustaz Idris Ahmad, berkata kerajaan telah mengambil langkah untuk mengkaji cadangan supaya menaikkan umur minimum perkahwinan bagi perempuan beragama Islam daripada 16 kepada 18 tahun.
“Berdasarkan maklum balas dan pandangan yang diterima, kebanyakan negeri secara dasar bersetuju mengekalkan had umur sedia ada seperti yang termaktub dalam undang-undang keluarga Islam negeri masing-masing”.Katanya
Kerajaan meminta untuk meningkatkan umur perkahwinan kepada 18 tahun dan langkah-langkah lain untuk membanteras perkahwinan bawah umur.
Mufti Wilayah Persekutuan telah mengeluarkan kenyataan yang menyatakan bahawa, dengan melihat kepada kaedah usul fiqh seperti masalahah, istihsan, sadd az-zaraie, zuruf serta adat, sewajarnya perkahwinan di bawah umur mengikut undang-undang hanya dibenarkan bagi kes tertentu setelah menepati syarat yang ketat dan diperakui oleh mahkamah.
Di bawah prinsip siyasah syar’iyyah, kerajaan berkuasa menetapkan dasar mengehadkan umur minimum perkahwinan kerana termasuk dalam kategori mengikat perkara yang harus dengan suatu maslahat atau kepentingan bagi menegakkan keadilan dan bukan bertujuan mengharamkan apa yang Allah halalkan.
Jabatan Kehakiman Syariah Malaysia (JKSM), mengambil langkah untuk memastikan pihak yang memohon untuk berkahwin di bawah umur melalui proses penilaian yang ketat untuk memastikan kepentingan semua pihak yang terlibat dipelihara.
Beliau berkata, perbandingan jumlah yang dicatatkan dalam tempoh tiga tahun sebelum dan selepas penguatkuasaan SOP Permohonan Kahwin Bawah Umur menunjukkan pengurangan sebanyak 787 kes.
Ikuti perkembangan terkini dan info-info menarik dengan melayari portal mysmedia.my