
Kerajaan Kedah telah membuat satu pengumuman bahawa cuti peristiwa sempena sambutan Thapusam pada 18 Januari 2022 tahun hadapan dibenarkan.
Pengumuman yang dibuat oleh Menteri Nesar Kedah, Dati’ Seri Muhammad Sanusi Md Nor pada 15 Disember lalu telah membuatkan masyarakat India yang menganut agama Hindu itu gembira.
Ketua Dewan Himpunan Pendukung PAS (DHPP) Kedah, K Kumaresan sebelum ini telah merakamkan ucapan terima kasih dengan pengumuman yang gembira itu.
Beliau juga berterima kasih kepada anggota Exco Kerajaan, Azman Nashrudin dan Dr Robert Ling Kui Ee di atas kerjasama mereka.
Pada tahun 2021, cuti peristiwa sempena Thaipusam tidak diberikan kerana negara ketika itu sedang menjalankan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) akibat pandemik Covid-19.
Pada masa yang sama, K Kumaresan berharap agar sambutan Thaipusam pada tahun 2022 itu diraikan mengikut prosedur operasi standard (SOP) yang telah ditetapkan oleh Majlis Keselamatan Negara (MKN).
Tambah beliau, satu mesyuarat akan diadakan bersama ahli jawatankuasa kuil untuk meneliti SOP yang perlu dilaksanakan.
Ikuti perkembangan terkini dan info-info menarik dengan melayari portal mysmedia.my