
Banjir Kilat telah melanda beberapa kawasan di area lembah Klang dan juga Kuala Lumpur mengakibatkan ramai yang terkorban di dalam bencana alam tersebut.
Sebagai langkah berjaga-jaga, ini merupakan basic survival kits untuk di pack ketika musim banjir. Stay safe semua dan jangan lupa update info terkini di mana-mana platform yang dapat membantu mangsa yang dilanda banjir. #rakyatjagarakyat dimana semua berganding bahu membantu sesama manusia.

Di dalam beg galas anda pastikan segala keperluan yang perlu itu sudah ada di dalam beg kecemasan. Barang keperluan seperti kompas, peta dan juga buku panduan pastikan diletakkan di poket luar bagi memudahkan diri untuk mengambilnya.
Selain itu, segala peralatan teknologi canggih yang mudah dibawa kemana-mana ini seperti telefon bimbit dan juga powerbank sudah siap di charge supaya anda boleh menghubungi pihak berkenaan dalam membantu anda dalam menyelamatkan diri di tempat yang lebih selamat. Dokumen-dokumen penting seperti surat beranak, geran dan sebagainya pastikan dibawa sekali supaya ianya tidak rosak dan hanyut dibawa arus air.
Bagaimana pula dengan makanan? Anda boleh membuat persiapan dengan makanan yang tahan lama disimpan sebagai contoh makanan di dalam tin, air secukupnya serta kit kecemasan yang mempunyai ubat-ubatan yang sangat penting.
Disaat ini kita sesama rakyat marilah berganding bahu dalam membantu mangsa-mangsa yang terkandas di dalam banjir yang telah berlaku di kawasan mereka. Jangan putus harapan dan juga doa insyaAllah segalanya akan baik-baik sahaja.
Ikuti perkembangan terkini dan berita yang menarik di dalam dan juga luar negara hanya di https://mysmedia.my/