
Harimau Malaya gagal meneruskan kelayakannya untuk kekal di Piala Suzuki AFF apabila Malaysia bertembung Indonesia pada Ahad, 19 Dec 2021.
Akhirnya pasukan Malaysia sudah tiada lagi peluang untuk terus bermain di Piala Suzuki AFF setelah tewas ditangan pasukan Indonesia yang berjaya meraih mata 4-1 berlawan Harimau Malaya di Stadium Kebangsaan Singapura.
Pada mulanya Harimau Malaya kelihatan seperti mempunyai peluang untuk memenangi perlawanan menentang Garuda kerana pada minit ke-13 M. Kogileswaran Raj berjaya mendapatkan gol pertama Malaysia.

Sepakan bola jauh dari M. Kogileswaran Raj pada minit ke-13 itu sangat membanggakan penyokong Harimau Malaya sekaligus menaikkan semangat pasukan Malaysia untuk terus mencari peluang mendapatkan mata.
Malang sekali bagi Harimau Malaya cubaan gol kedua oleh Syafiq Ahmad tidak berjaya dijaringkan beserta cubaan-cubaan lain sehingga tamat perlawanan tersebut.
Perlawan terus berpihak kepada pasukan Indonesia selepas Irfan Jaya berjaya menjaringkan gol dengan bantuan dua pemain iaitu Witan Sulaeman dan Rachmat Irianto.
Selepas itu Indonesia bermain dengan baik bagi menangani strategi pasukan Malaysia pada lewat separuh masa pertama sehingga berjaya menjaringkan gol sekali lagi pada minit ke-43 yang dijaringkan oleh Irfan Jaya.

Pada separuh masa kedua pula, hanya pada minit ke-50, Pratama Arhan sudah berjaya menjaringkan gol ketiga bagi pasukannya lalu membuatkan pasukan Malaysia menghadapi tekanan kerana sudah ketinggalan 2 mata.
Harapan Harimau Malaya sudah jelas menunjukkan bahawa ianya sudah berakhir dan permainan comeback pula sangat susah untuk diperolehi dengan prestasi pemainan Garuda ketika itu.
Akhirnya selepas tiba minit ke-82, Elkan Baggott pula berjaya menjaringkan gol keempat bagi Indonesia, namun peluang Harimau Malaya untuk membuat comeback sudah tamat kerana ianya sudah mencapai tahan yang mustahil.
Sentiasa menginovasi dan menginspirasi, berita dan banyak lagi di portal mysmedia.my