
Banjir teruk yang melanda di Malaysia baru-baru ini telah membuatkan sebilangan rakyat khususnya di kawasan yang terjejas teruk terpaksa memerlukan bantuan daripada orang yang sudi membantu mereka.
Syed Saddiq dari parti muda merupakan salah satu sukarelawan yang turun padang untuk membantu rakyat yang menhadapi kesukaran berkenaan banjir.

Menurut beliau, sudah hampir 5 hari tampa henti beliau membantu mangsa banjir dengan memberikan usaha dan tenaga dirinya sendiri.
Terdapat ramai yang memberikan mesej kepada beliau dan memohon maaf kerana tidak dapat membantu mangsa banjir bersama-sama beliau, tetapi mendapat info banjir sahaja sudah mencukupi bagi Syed Saddiq.
Kemudian, Syed Saddiq berterima kasih kepada seluruh rakyat Malaysia yang sudi bantu-membantu dengan mengatakan “Thank you rakyat Malaysia! Kita susah senang sama-sama.”
“Selagi boleh bantu, kita bantu. Banyak yang share, tak mandi tak tidur 3,4 hari dah.”
“Tolong rehat sekejap. Dah dapat tenaga balik, sambung semula!”

Justeru, Syed Saddiq berjaya menaikan nama muda dengan membantu ramai mangsa banjir seikhlas hati, sekaligus memyokong perbuatan sukarelawan dan NGO supaya terus memberikan bantuan yang sepatutnya kepada setiap mangsa yang memerlukan.
Sentiasa menginovasi dan menginspirasi, berita dan banyak lagi di portal mysmedia.my