
Fakulti Musik Universiti Teknologi Mara (UiTM) menghadapi sedikit masalah apabila terdapat beberapa perlatan muzik yang dikhaskan untuk kegunaan membantu pembelajaran dan pengajaran rosak akibat banjir yang teruk.
Facebook rasmi fakulti tersebut memaklumkan, peralatan-peralatan tersebut gagal diselamatkan daripada tenggelam di dalam air banjir.

Namun, pihak fakulti UiTM masih bersyukur dan berterima kasih kepada semua pihak yang sudi menolong membersihkan dan menyelamatkan peralatan-peralatan fakulti.
“Dukacita dimaklumkan bahawa beberapa fasiliti dan peralatan muzik Fakulti Muzik UiTM yang berada di Seksyen 17, Shah Alam telah ditenggelami air berikutan bajir kilat pada hujung minggu baru-baru ni.
“Terima kasih kepada semua pelajar-pelajar dan staf fakulti yang telah turun padang memberi bantuan dari segi tenaga kerja, disamping menyediakan peralatan kebersihan dan keperluan makan minum bagi sesi pembersihan.,” kata fakulti berkenaan.

Pada hujung minggu lalu, Shah Alam berdepan banjir dengan paras air yang tinggi sehingga menyebabkan kebanyakkan jalan terputus.
Berdasarkan imej yang dipaparkan di Facebook rasmi fakulti muzik, gendang, gong dan sebagainya diusahakan disimpan dan diselamatkan dengan baik.
Kebanyakkan netizen menunjukkan perasaan simpati mereka setelah melihat beberapa peralatan muzik fakulti tersebut rosak dan tidak dapat diselamatkan.
Sentiasa menginovasi dan menginspirasi, berita dan banyak lagi di portal mysmedia.my