
Beberapa jalan DI sekitar daerah Hulu Langat akan ditutup selama dua jam setiap Isnin hingga Khamis bagi memudahkan urusan kerja-kerja pembersihan sampah pasca banjir di Negeri Selangor.
Menteri Besar Datuk Seri Amirudin Shari berkata penutupan itu bermula jam 8 hingga 10 pagi bagi melancarkan proses kutipan sampah oleh KDEB Waste Management Sdn Bhd kerana berlaku kesesakan jalan sehingga menghalang lori syarikat untuk menjalankan tanggungjawabnya.
“Di peringkat awal, kita ingin melakukan penutupan itu selama dua hari sahaja namun setelah diputuskan kita akan melaksanakannya setiap hari kecuali Jumaat hingga Ahad,” katanya.
Beliau berkata kesesakan jalan di daerah itu berlaku disebabkan oleh kehadiran sukarelawan yang ramai sehingga menyebabkan operasi kutipan sampah mengambil masa dan pihaknya terpaksa menambah jumlah hari bagi operasi pembersihan.
Sebanyak 13,699.55 tan sampah banjir telah dikutip yang melibatkan implikasi kewangan RM6.03 juta dan terdapat juga dua sukarelawan yang mati lemas semasa membantu proses pemindahan.
Ikuti perkembangan terkini dan info-info menarik dengan melayari portal https://mysmedia.my/