
Operasi pembersihan secara besar-besaran yang dilakukan oleh KDEB Waste Management (KDEBWM) pada Isnin di kawasan yang terjejas banjir.
Kawasan-kawasan yang terjejas yang dibersihkan ialah Shah Alam, Hulu Langat dan Subang Jaya.’
Pengarah Urusan KDEBWM, Ramli Mohd Tahir menjelaskan bahawa pihak mereka telah mengubah modus operandi pembersihan dengan menghantar lori Roll On Roll Off (RORO) ke taman perumahan di kawasan banjir.
Sampah-sampah dari kawasan banjir itu akan dibuang ke stesen pemindahan sementara (TS) sampah pukal yang dibuka di kawasan yang terlibat banjir.
Tambah beliau, lori muatan besar iaitu 10 dan 20 tan turut digerakkan KDEBWM untuk mengutip sampah yang dilonggokan di kawasan perumahan dan jalan besar untuk dibuang ke TS.
Sebanyak 500 aset lori RORO telah dibawa ke kawasan yang terlibat banjir dan 50 jengkaut dan jentolak serta 50 lori pelbagai muatan untuk operasi besar-besaran tersebut.
Jelas Ramli lagi, pihak mereka menyasarkan membawa keluar 2,000 hingga 3,000 tan sampah pada Isnin dan kerja-kerja pembersihan dilanjutkan sehingga malam untuk selesaikan longgokan sampah.
Dalam pada masa yang sama, kerjasama polis juga digunakan untuk menutup jalan utama di Hulu Langat selama dua jama bermula 8 pagi Isnin untuk memberikan laluan kepada 48 lori RORO ke Taman Sri Nanding.
Ikuti perkembangan terkini dan info-info menarik dengan melayari portal mysmedia.my