
Sejak berlakunya bencana banjir di kawasan Selangor dan di Negeri lain juga memperlihatkan kita ramai sukarelawan dan ahli politik turun padang untuk membantu mangsa-mangsa banjir.
Selepas berlakunya bencana, banyak kerja-kerja pembersihan yang perlu dilakukan oleh penduduk dan mengambil masa yang agak lama jika tiada pertolongan daripada sukarelawan untuk membantu membersihkan kediaman mereka.
Datuk Seri Johari Abdul Ghani yang merupakan Ahli Politik Barisan Nasional (BN) di kawasan Titiwangsa juga turut menghulurkan bantuan kepada mangsa banjir.

Beliau bersama sukarelawan kawasan Titiwangsa juga sama-sama turun padang memberi bantuan kepada mangsa dari segi makanan dan juga membantu membersihkan rumah mereka.
Sukarelawan Titiwangsa membantu mangsa banjir di kawasan Hulu Langat Selangor untuk kerja-kerja pembersihan rumah yang terjejas untuk meringankan beban penduduk di situ.
Selain itu, mereka juga menyerahkan bantuan sumbangan kepada mangsa banjir di penempatan Flat Kampung Padang, Kg Bharu di Kuala Lumpur.
Ikuti perkembangan terkini dan info-info menarik dengan melayari portal mysmedia.my