
Banjir buruk yang melanda di Selangor, Seksyen 33, Taman Alam Indah membuatkan kira-kira dua hingga tiga juta buku rosak selepas ditenggelami air di gudang Big Bad Wolf dan kedai buku BookXcess @Wold House.
Pengasas BookXcess dan Big Bad Wolf Books, Andrew Yap berkata, jumlah kerugian masih lagi dalam penilaian kerana ia mengambil masa untuk dipastikan secara tepat.

“Namun, berdasarkan penilaian awal, jutaan buku sudah pasti rosak, musnah dan tidak dapat diselamatkan begitu juga beberapa peralatan gudang,” katanya dalam kenyataan hari ini.
Yap juga mengatakan bahawa kerja-kerja pembersihan dan pembuangan buku-buku dari Big Bad Wolf Books sedang dilaksanakan.
Selain daripada kedai buku BookXcess dan Wolf House yang sudah dilanda banjir, beliau berkata BookXcess Online, BookXcess dan Big Bad Wolf Books di platform Shopee masih beroperasi seperti biasa.

“Hanya Wolf House, terletak di Seksyen 33, Taman Alam Indan di Shah Alam ditutup sementara kerana memerlukan pengubahsuaian sepenuhnya akibat kerosakan teruk.
“Walaupun kami kehilangan dua hingga tiga juta buku, kami berhasrat untuk menderma buku kepada masyarakat sekitar yang terjejas teruk akibat banjir dan berharap dapat bekerjasama dengan mereka berada di sekitar gudang kami dan kami mengalu-alukan orang untuk sertai usaha altruistik kami,” – kata Andrew Yap
Sentiasa menginovasi dan menginspirasi, berita dan banyak lagi di portal mysmedia.my