
Lima jalan masih ditutup di seluruh negeri Selangor akibat dari banjir dan tidak selamat dilalui oleh kesemua kenderaan.
Penutupan jalan membabitkan daerah Sepang, Hulu Selangor, Petaling Jaya dan Kajang.
Makluman dari Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Selangor bahawa perkembangan penutupan akibat dari banjir itu dibuat menerusi pemantauan dari Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD).
Penutupan jalan melibatkan Daerah IPD Sepang dari Jambatan FT 31 Dengkil ke Banting.
IPD Hulu Selangor pula membabitkan Jaln Kualu Kubu Bharu ke Bukti Fraser menghala ke Peretak dibuka hanya untuk kenderaan ringan sahaja dan Jalan Kampun Kalong Tengah, Ulu Yam Baru.
IPD Petaling Jaya pula membabitkan penutupan Jambatan Jalan menghala ke Lapang Sasar, Subang susulan kerosakan jambatan.
Untuk IPD Kajang pula, penutupan jalan melibatkan Jalan Genting Peras ke Kuala Klawang sahaja.
Ikuti perkembangan terkini dan info-info menarik dengan melayari portal mysmedia.my