
Kerja mambaik pulih infrastruktur negara yang rosak kesan daripada banjir dianggarkan bernilai RM 1 billion, jelas Kementerian Kerja Raya (KKR).
Jelas Ketua Setiausaha KKR, Wan Uzir Wan Sulaiman, infrastruktur seperti jalan raya, jambatan dan cerun perlu dibaik pulih dengan kadar segera yang dibawah seliaan KKR.
Tambah beliau, Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, turut menyarankan agar kerja membaik pulih infrastruktur perlu dilakukan dengan segera dan tidak boleh ditangguhkan.
Menurut Uzir, fokus utama mereka adalah untuk memastikan laluan terjejas dapat dilalui semula dan memastikan cerun-cerun serta infrastruktur dalam keadaan selamat.
Dalam pada masa yang sama, KKR juga sedang mengambil langkah siap siaga dalam kemungkinan berlakunya banjir gelombang kedua.
Banjir yang berlaku baru-baru ini telah mengakibatkan banyak infrastruktur rosak dan kemungkinan gelombang kedua banjir boleh mengakibatkan banyak kerosakan, tambah Uzir.
Ikuti perkembangan terkini dan info-info menarik dengan melayari portal mysmedia.my