
Banjir yang melanda beberapa buah negeri sejak 18 Disember lalu nyata memberi kesan yang sangat mendalam kepada mangsa yang terlibat.
Ramai mangsa banjir yang kehilangan harta benda seperti kereta yang terkena banjir, barangan rumah yang rosak dan tempat berteduh yang telah musnah dibawa arus air banjir.
Selain itu, Seorang mangsa iaitu Ali Abu Bakar mangsa banjir di Pekan Pahang yang berkongsi pengalaman menghadapi situasi banjir tentang kehilangan lebih 6 ribu ekor ikan patin sangkar yang dipeliharanya.
Walaupun begitu, wajahnya nampak reda dengan dugaan yang dihadapinya apabila 6,000 ekor ikan patin sangkar peliharaanya mati akibat air kotor yang mengalir ke Sungai Pahang.
“Saya menerima kesan daripada banjir tapi kita kena reda, ini ketentuan Allah bukan saya seorang kena sini banyak lagi kawan saya antaranya sangkar pecah, perubahan air menyebabkan ikan mati. Saya pula ikan mati, ada yang empat sangkar kita boleh selamatkan, tapi ada yang tak dapat diselamatkan mati di situ,” jelasnya.
Ali juga berkata, modal yang telah dihabiskan mencecah RM24,000 dalam tempoh setahun untuk menternak ikan di dua sangkar yang terjejas, namun kesemuanya itu lesap apabila ikannya mati sejak hari pertama bah melanda kawasan itu.
Ali berkata dia terjejas sebanyak dua sangkar dan ada kawannya yang terjejas lebih dari dua sangkar, anggaran bajet untuk dua sangkar sebanyak 20 ribu ringgit.
Ali berkata setiap sangkar menempatkan kira-kira 3,000 ribu ekor ikan patin dengan berat purata satu kilogram seekor dan jumlah keseluruhan anggaran kerugian sebanyak RM 66,000 ribu ringgit.
Ikuti perkembangan terkini dan info-info menarik dengan melayari portal https://mysmedia.my/