
Jumlah mangsa banjir di Terengganu kekal 137 orang daripada 42 keluarga yang melibatkan dua perkampungan di Hulu Dungun.
Dua pusat pemindahan sementara (PPS) yang masih dibuka iaitu Dewan Orang Ramai Kampung Pasir Raja dan Dewan Orang Ramai Kampung Shukor, jelas Ketua Sektetariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Terangganu, Mohd. Rosman Abdullah.
PPS Dewan Orang Ramai Kampung Pasir Raja menempatkan 69 mangsa daripada 22 keluarga dan PPS Dewan Orang Ramai Kampung Shukor menempatkan 68 mangsa dari 20 keluarga, buat masa ini.
Tambah Rosman, kebanyakan kawasan di Terengganu termasuk Hulu Dungun hari ini mendung dan berangin dan ada juga kawasan yang hujan renyai sahaja.
Menurut beliau, air banjir yang melimpah di kedua-dua kampung terbabit dilihat semakin surut namun penduduk masih belum dibenarkan pulang ke rumah masing-masing kerana paras air di Sungai Dungun masih tinggi.
Langkah berjaga-jaga turut diambil kira oleh pihak mereka kerana dikhuatiri hujan akan turun semula yang akan menyebabkan paras air kembali meningkat.
Tambah Rosman, beliau mengandaikan penduduk akan dibenarkan pulang ke rumah masing-masing sekiranya cuaca terus baik.
Ikuti perkembangan terkini dan info-info menarik dengan melayari mysmedia.my