
Satu lagi kes kematian direkodkan di Sabah akibat bencana alam yang melibatkan seorang warga emas maut di Sungai Lininkung, Telupid.
Superintendan Kasim Muda yang merupakan Ketua Polis Daerah Beluran berkata kejadian itu berlaku kira-kira 9 pagi semalam dan mangsa berkenaan yang bekerja sebagai petani dilaporkan cuba menyeberangi sungai.
Beliau juga memberitahu mangsa ingin ke rumahnya yang hampir ditenggelami air sebelum dihanyutkan arus deras.

“Penduduk kampung kemudiannya menemui lelaki terbabit tidak jauh dari lokasi mangsa hanyut dalam keadaan tidak sedarkan diri.
“Mangsa dibawa ke Klinik Kesihatan Telupid sebelum disahkan meninggal dunia,” katanya dalam satu kenyataan lewat malam tadi.
Kasim memberitahu, pihaknya menasihatikan masyarakat di daerah berkenaan agar sentiasa peka dengan keadaan semasa menjauhkan diri dari bahaya kawasan banjir.

Kes baru-baru ini telah mencatatkan keseluruhan kes kematian banjir di Sabah sebanyak tiga.
Sebelum ini, dua kes kematian berasingan telah direkodkan di daerah kecil Paitan dalam dua kejadian pada Jumaat lepas.
Sentiasa menginovasi dan menginspirasi, berita dan banyak lagi di portal mysmedia.my