
Jumlah mangsa banjir di Sabah menunjukkan trend penurunan iaitu menjadi 3,310 orang mangsa berbanding semalam iaitu seramai 3,329 mangsa.
Jumlah mangsa banjir pada Selasa membabitkan 1,316 keluarga yang ditempatkan di 30 pusat pemindahan sementara (PPS) di enam daerah yang terjejas.
Jurucakap Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) Sabah berkata, enam daerah yang terjejas ialah Kota Marudu, Paitan, Beluran, Telupid, Sandakan dan Pitas.
Jumlah mangsa banjir tertinggi di daerah Kota Marudu iaitu seramai 2,653 daripada 1,113 keluarga dan ditempatkan di 13 PPS.
Daaerah Pitas pula membabitkan 196 mangsa daripada 123 keluarga yang ditempatkan di empat PPS dan seramai 172 mangsa daripada 38 keluarga dilaporkan di daerah Telupid yang masih ditempatkan di tujuh PPS.
Tambah jurucakap APM, seramai 102 orang mangsa banjir daripada 24 keluarga masih ditempatkan di tiga PPS di daerah Paitan.
Dua daerah lain iiatu Sandakan mencatatkan mangsa banjir seramai 46 mangsa daripada tujuh keluarga yang berada di satu PPS dan seramai 41 mangsa daripada 11 keluarga yang berada di dua PPS bagi daerah Beluran.
Ikuti perkembangan terkini dan info-info menarik dengan melayari portal mysmedia.my