
Banda Aceh: Dua kanak-kanak di Aceh, maut, selepas dibawa arus banjir.
Mangsa adalah Raffa Alfarizi,7, kanak-kanak yang berasal dari Kampung Beuringen, Samudera, Aceh Utara.
Mangsa dilaporkan tenggelam dalam saluran pembetungan di kampung itu, lapor Kompas.
Safruddin, jurucakap polis Samudra berkata, mangsa ditemukan sudah meninggal dunia akibat dibawa arus banjir ketika bermain di parit pembetung kampung itu.

“Tidak ditemukan sebarang unsur jenayah pada tubuh mangsa, jasadnya sudah diserahkan ke keluarga buat pengebumian,” katanya.
Sehari sebelumnya, banjir juga meragut nyawa, Andika, 12, dari Kampung Meuria, Matangkuli, Aceh Utara. Mangsa jatuh ke parit ketika banjir dan dibawa arus.
Media sebelum ini melaporkan banjir di Aceh Utara sejak 1 Januari lalu menyebabkan 14 kawasan terjejas dan mengakibatkan 30,000 penduduk terpaksa berpindah.
Ikuti perkembangan terkini dan info-info menarik dengan melayari portal https://mysmedia.my/