
Seorang pemilik sebuah sekolah memandu di Taman Sri Muda Seksyen 25, hanya mampu melihat kawasan yang diusahakannya hampir 23 tahun rosak sepenuhnya akibat banjir 18 Disember lalu.
Pengerusi dan pemilik Manducekap Hi-Tec Sdn Bhd E. Vennarajan berkata dia menganggarkan kos membaiki fasiliti, peralatan elektrik dan kenderaan di sekolah memandu yang telah beroperasi semula sejak Sept lepas itu mencecah hampir RM350,000.
Pemilik itu berkata banyak barangan musnah sepenuhnya termasuk peralatan pejabat, buku Kurikulum Pendidikan Pemandu (KPP) untuk pelajar, lesen L dan P pelajar ada yang rosak serta bertaburan dan mereka tidak dapat kumpulkan khususnya untuk diagihkan kepada pelajar pada 20 Dis.
Beliau juga berkata sebanyak 50 buah kereta, 33 buah motosikal termasuk tiga motosikal berkuasa tinggi, dua lori Hino kesemuanya untuk kegunaan latihan pelajar tidak dapat dialihkan sebelum kejadian sebab kawasan luar sudah dinaiki air. Mereka terkepung dan pada masa itu hanya merelakan apa yang terjadi.
Vennarajan berkata kawasan sekolah memandu itu jarang dinaiki air walaupun berlaku kejadian banjir kilat sebelum ini kerana kedudukannya lebih tinggi daripada kawasan lain di perumahan itu dan beliau sangat terkejut dengan keadaan banjir yang melanda.
Ikuti perkembangan terkini dan info-info menarik dengan melayari portal https://mysmedia.my/