
Hasrat Datuk Peter Anthony iaitu untuk tubuhkan parti baharu yang mesra kerajaan di Sabah mendapat sambutan baik dari Ketua Menteri parti Gabungan Rakyat Sabah (GPS), Datuk Hajiji Noor.
Hajiji turut berkata bahawa, hasrat bekas Naib Presiden parti Warisan Sabah (Warisan) itu merupakan perkembangan yang baik dan akan mengukuhkan kedudukan kerajaan negeri.
Jelas Hajiji, perkara tersebut merupakan keputusan dari Peter dan pihak mengamalkan demokrasi.
Tambah beliau, hasrat yang dikemukan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Melalap itu merupakan perkembangan yang baik dan sekaligus menguatkan lagi kerajaan negeri.
Peter telah keluar daripada parti Warisan baru-baru ini dan berhasrat untuk menubuhkan parti baharu di negeri pimpinan GPS yang dipengerusi oleh Hajiji.
Sebelum ini, Peter menjelaskan bahawa parti yang akan ditubuhkan itu untuk memperjuangkan hak serta nasib rakyat Sabah.
Ikuti perkembangan terkini dan info-info menarik dengan melayari portal mysmedia.my