
Johor Bahru: 74 orang daripada 22 keluarga jumlah mangsa banjir yang berada di pusat pemindahan sementara (PPS) di Segamat kekal setakat 8 pagi ini.
R Vidyananthan, Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan dan Alam Sekitar Negeri berkata, PPS Sekolah Agama Gemereh masih beroperasi membabitkan penduduk terjejas dari Kampung Gemereh akibat banjir termenung.
Cuaca di sembilan daerah lain dilaporkan cerah, manakala Mersing mendung ketika ini, kata beliau.

“Bagaimanapun, penduduk yang tinggal berhampiran Sungai Bekok, Empangan Bekok di Batu Pahat dinasihatkan agar berjaga-jaga memandangkan sungai tersebut kekal pada tahap waspada dengan bacaan 16.36 meter,” katanya dalam kenyataan hari ini.
Segamat merupakan daerah terawal terjejas dengan kejadian banjir tahun ini yang mencatatkan penerimaan hujan paling banyak di Johor berdasarkan bacaan taburan hujan yang direkodkan oleh stesen pencerapan bagi tempoh 26 Dis hingga 1 Januari lalu.
Ikuti perkembangan terkini dan info-info menarik dengan melayari portal https://mysmedia.my/