
Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin berkata bahawa kes harian berkemungkinan akan meningkat menjelang Thaipusam, esok serta Tahun Baru Cina awal Februari depan.
Peningkatan kes harian itu dijangka meningkat sekiranya orang ramai mengabaikan prosedur operasi standard (SOP) kawalan panddemik itu.
Sehubungan dengan itu, Khairy menasihati orang ramai supaya mematuhi SOP khusunya pemakaian pelitup muka dan terus mengamalkan TRISS (ujian saringan, melaporkan hasil ujian saringan, menjalani kuarantin, memaklumkan pada kontak rapat jika postif dan mendapatkan rawatan segera).
Dalam pada masa yang sama, Khairy mengingatkan orang ramai untuk mengaktifkan fungsi MySejahtera Trace di kawasan tumpuan orang ramai untuk mengesan kontak rapat kes positif.
Selain itu, beliau turut berpesan untuk orang ramai mengambil dos penggalak.
Tambah Khairy, rakyat Malaysia berjaya mengawal penularan Covid-19 selepas dua sambutan sebelum ini iaitu Krismas pada Disember lalu dan Tahaun Baharu pada 1 Januari.
Setakat hari ini, jumlah kes harian kekal stabil antara 2,600 hingga 3,700 kes dan Khairy berharap agar perkara itu dapat dikekalkan sepanjang sambutan Thaipusam dan Tahun Baru Cina.
Ikuti perkembangan terkini dan info-info menarik dengan melayari portal mysmedia.my