
Lembaga Lebuhraya Malaysia (LLM) akan berbincang bersama PLUS Malaysia (PLUS) dan Touch ‘n Go dalam isu pengurangan harga pelekat Identifikasi Frekuensi Radio (RFID).
Banyak perkara yang menjadi kemarahan rakyat dan salah satunya pelekat RFID yang beharga RM35 dengan kualiti yang rendah. Pelekat itu juga tidak boleh dipasang di dalam kereta.
Pelekat ini seharusnya dilekatkan pada bahagian luar cermin atau lampu hadapan. Masalah yang terjadi apabila ia cepat lusuh dan boleh rosak selepas kereta dicuci beberapa kali. Perkara itu menimbulkan banyak kemarahan dalam kalangan pengguna jalan raya berhubung kos untuk beralih kepada penggunaan RFID.

Isnin yang lalu, Menteri Kanan Kerja Raya Fadillah Yusof memaklumkan Touch ‘n Go dan PLUS supaya mengambil tindakan segera dalam menyelesaikan masalah yang timbul akibat penggunaan sistem pembayaran RFID.
Kesesakan teruk di sesetengah plaza tol selepas RFID mula digunakan di Lebuhraya Utara-Selatan dari Plaza Tol Juru di Pulau Pinang ke Plaza Tol Skudai di Johor. PLUS memaklumkan satu laluan RFID disediakan di setiap 83 plaza tol di sepanjang laluan sejauh 657 kilometer (km).
Menginspirasi serta berevolusi dengan berita terkini dan banyak lagi hanya di portal https://mysmedia.my/