
Persatuan Badminton Malaysia (BAM) mengesahkan jaguh perseorangan negara, Lee Zii Jia sudah menghantar surat rayuan susulan tindakan badan induk itu tidak akan mendaftarkannya menyertai mana-mana kejohanan antarabangsa selama dua tahun.
BAM dalam satu kenyataan berkata, mereka akan meneliti rayuan juara All England itu bagi mencari penyelesaian terbaik.
Menurut badan induk itu mereka sedar kemelut yang melanda ketika ini memberi kesan mendalam bukan sahaja kepada komuniti badminton tetapi rakyat Malaysia.
Pihak mereka memahami kekecewaan terhadap persatuan tetapi situasi ketika ini amat mencabar dan mendapat perhatian semua pihak daripada ahli politik sehinggalah pemain antarabangsa.
“Kami menghargai semua komen, kritikan dan maklum balas yang ditujukan kepada kami. Kami akan mengambil maklum segala luahan rakyat Malaysia,”Katanya.
Ikuti perkembangan terkini dan info-info menarik dengan melayari portal https://mysmedia.my/