
Perikatan Nasional (PN) mengumumkan Ketua Pemuda PAS, Ahmad Fadhli Shaari sebagai Ketua Pemuda PN yang baharu.
Pelantikan Fadhli yang juga Ahli Parlimen Pasir Mas itu mengantikan Khairil Nizam Khirudin dan setiausaha Agung PN, Hamzah Zainudin berkata keputusan itu dibuat dalam Majlis Tertinggi gabungan itu yang telah bermesyuarat semalam.
“Mesyuarat itu telah dihadiri oleh wakil-wakil daripada semua parti anggota iaitu Bersatu, PAS, STAR, SAPP dan Gerakan,” katanya.
Hamzah berkata, Majlis Tertinggi PN turut bersetuju melantik Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bemban yang juga Ketua Bersatu Melaka, Mohd Yadzil Yaakub sebagai Pengerusi PN Melaka yang baharu.
“Kedua-dua pelantikan tersebut berkuatkuasa serta merta,” katanya.
Hamzah berkata, mesyuarat itu turut membincangkan secara mendalam mengenai situasi politik semasa khususnya berhubung kesiapsiagaan jentera parti bagi menghadapi pilihan raya negeri (PRN) Johor akan datang
Ikuti perkembangan terkini dan info-info menarik dengan melayari portal https://mysmedia.my/