
Seorang penunggang motosikal dan pemboncengnya maut apabila hilang kawalan jentera sebelum terbabas dan merempuh tiang transmisi elektrik
PERMATANG PAUH: Seorang penunggang motosikal dan pemboncengnya maut apabila hilang kawalan sebelum terbabas dan merempuh tiang transmisi elektrik, petang semalam.
Kedua-duanya maut di tempat kejadian akibat cedera parah dalam kejadian pukul 2.30 petang di Jalan Kepala Batas di Kampung Terus, Kubang Semang.
Ketua Polis Daerah Seberang Prai Tengah Asisten Komisioner Shafee Abd Samad berkata polis dimaklumkan mengenai kemalangan maut itu pada 2.49 petang.
“Siasatan awal mendapati kemalangan berlaku apabila motosikal berkenaan dipercayai terbabas dan merempuh tiang transmisi elektrik.”
Asisten Komisioner Shafee Abd Samad
“Kesan rempuhan itu mengakibatkan penunggang motosikal dan penumpangnya tercampak ke dalam semak berhampiran.”
Asisten Komisioner Shafee Abd Samad
Gambar dan rakaman video kejadian itu telah menjadi tular.
Beliau berkata, mayat kedua-dua mangsa dihantar ke Hospital Seberang Jaya untuk bedah siasat.
Kes disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.
Polis menggesa mana-mana saksi tampil bagi membantu siasatan berhubung kejadian itu.
Mereka boleh menyalurkan sebarang maklumat kepada pegawai penyiasat trafik Inspektor Ami Syuqri di talian 013-4194072 atau 04-5382222.
“Kami menasihatkan semua pengguna jalan raya supaya mematuhi peraturan jalan raya pada setiap masa bagi mengelak sebarang kejadian tidak diingini.”
Asisten Komisioner Shafee Abd Samad
Ikuti perkembangan terkini dan info-info menarik dengan melayari portal https://mysmedia.my/