
Kuala Lumpur: Menurut laporan semasa, keseluruhan jajaran projek MRT3 telah melibatkan laluan sepanjang 51 kilometer di sekitar Lembah Klang. Ia dijangka untuk beroperasi sepenuhnya pada tahun 2030.
Datuk Seri Dr Wee Ka Siong iaitu Menteri Pengangkutan berkata, tender untuk projek tersebut dalam rancangan bermula pada tahun ini melalui lima pakej utama dalam tempoh enam hingga lapan tahun.
“Projek ini akan dibiayai secara hibrid yang melibatkan sumber-sumber pembiayaan seperi sukuk bersama jaminan kerajaan dan juga pembiayaan secara bayaran tertangguh (deferred payment).
“Ia juga adalah untuk mengurangkan kesesakan lalu lintas di sekitar Lembah Klang. Pembinaan MRT 3 dijangka akan melengkapkan jaringan rel metro di Lembah Klang,” katanya di Dewan Rakyat pada Selasa.

Tambahan pula, terdapat jajaran yang melibatan laluan bertingkat dan laluan bawah tanah sepanjang pembinaan laluan MRT3.
Beliau berkata “Laluan lingkaran ini akan merentasi rangkaian rel sedia ada, termasuk laluan MRT1, MRT2, LRT, Monorel dan KTM Komuter untuk membina 10 buah stesen pertukaran (interchange station) yang baharu.”
“Tujuannya adalah supaya sistem rangkaian pengangkutan awam di Lembah Klang ini lebih menyeluruh, berkesinambungan dan efisien,” ujarnya.
Ikuti perkembangan terkini dan info-info menarik dengan melayari portal https://mysmedia.my/