
Pengawal keselamatan yang didakwa membunuh seorang wanita di sebuah sekolah menengah di Bandar Tun Razak, Cheras dalam kejadian 12 Mac lalu dipercayai cuba merogol mangsa berusia 25 tahun itu sebelum membakar mayatnya.
Difahamkan, tertuduh mempunyai empat rekod jenayah lampau. Tertuduh dihadapkan ke Mahkamah Majistret, Kuala Lumpur hari ini.
Menerusi laporan BH Online, tertuduh Muhamad Yusri Latiff didakwa menyebabkan kematian Fong Hsu Kei di sebuah bilik bengkel di dalam sekolah tersebut.
Tertuduh yang berusia 35 tahun itu berdepan Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh yang memperuntukkan hukuman gantung mandatori, sekiranya disabitkan kesalahan.
Majistret tidak membenarkan tertuduh diikat jamin selain menetapkan 25 Mei ini sebagai tarikh sebutan semula kes.
Selain itu, tiada pengakuan direkodkan daripada tertuduh selepas pertuduhan dibaca di hadapan Majistret Wong Chai Sia.
Sebelum ini, menurut laporan media, seorang wanita yang bekerja sebagai penyelia kedai buku ditemukan rentung disyaki dibunuh dan dibakar di dalam bilik bengkel.
Kejadian ini telah mengundang rasa simpati netizen dan mereka turut mengecam tindakan yang tidak berperikemanusiaan itu.
Antara komen dari netizen mengenai kes ini:


Ikuti perkembangan terkini dan info-info menarik dengan melayari portal https://mysmedia.my/