
Kuala Lumpur: Sepanjang empat tahun belajar di Akademi Tentera Laut Amerika Syarikat (USNA), Janusha terpaksa mengharungi pelbagai cabaran getir membabitkan aspek kepimpinan, fizikal dan mental. Pegawai Kadet Kanan (PKK) Janusha Bala Krishnan Muthiah (23), daripada Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM).
Dia mencipta sejarah apabila menjadi pegawai wanita pertama Angkatan Tentera Malaysia (ATM) menamatkan program Pengajian Ketenteraan dan Ijazah Latihan di USNA, baru-baru ini.
Majlis graduasi gilang gemilang itu telah dirasmikan oleh Presiden Amerika Syarikat, Joe Biden. Juga, dihadiri pucuk pimpinan Tentera Laut Amerika Syarikat bersama-sama duta dan penasihat pertahanan dari pelbagai negara.
Kejayaan baginda turut dijunjung oleh Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah dan Raja Permaisuri Agong Tunku Hajah Azizah Aminah Maimunah Iskandariah.
Perlu menjadi versi yang lebih baik
Janusha mengakui bukan mudah menerima cabaran di USNA, Annapolis, Maryland sebagai jurulatih wanita dari negara asing.
Namun, dengan semangat dan sokongan keluarga serta rakan sepasukan, dia bersyukur kerana berjaya mencapai kejayaan ini.
“Cabaran terbesar pada tahun pertama ialah untuk mengimbangi aspek antara kepimpinan, akademik dan fizikal. Untuk menjadi pemimpin yang dihormati saya perlu menjadi versi yang lebih baik.
“Saya kena belajar berkhidmat kepada orang bawahan. Sebagai pegawai, saya bertanggungjawab memimpin dan berpegang kepada legasi pemimpin terdahulu.
“Pembahagian masa yang baik pada tahun pertama adalah sangat penting untuk memenuhi keperluan itu menurut institusi USNA yang sangat berprestij di Amerika Syarikat.”
Justeru, menurutnya, disiplin diri dalam mengikut jadual yang ketat dan semangat amat penting dalam menjayakan misi ini.

Sebagai wanita Malaysia pertama yang dipilih untuk belajar di USNA, Janusha memikul tanggungjawab besar untuk menyokong negara dan membuktikan kepada semua wanita bahawa mereka boleh bersaing.
“Saat yang tidak dapat saya lupakan adalah ketika menyertai latihan Plebe Summer. Ia adalah program latihan musim panas yang mesti dilalui oleh semua pelajar yang memasuki USNA.
“Program itu berlangsung selama tujuh minggu membabitkan latihan fizikal dan mental yang sukar. Hanya keazaman tinggi dan semangat berpasukan membolehkan pelatih melepasi ujian yang sukar diatur.”
Selain itu, menurutnya, beliau turut diarah mengikuti Latihan Musim Panas dengan dihantar menjalani latihan bersama Tentera Laut Amerika Syarikat di pelbagai pangkalan di seluruh negara.
Janusha menyertainya untuk memulakan pengajian dan latihan di USNA pada 2018 dengan 1,085 pelatih dari Amerika Syarikat dan 14 pelatih dari luar negara.
Motivasi terbesar Janusha adalah daripada keluarga.
“Bapa saya, M Bala Krishnan (59) meninggal dunia ketika saya di USNA. Ketika ini, ibu saya, S Saraswathy (59), menjaga seorang kakak yang kurang upaya.”
Ikuti perkembangan terkini dan info-info menarik dengan melayari portal https://mysmedia.my/